Monday, 7 March 2016

Pengemis + Isteri Cantik


Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka."Tolonglah encik, saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi".Dengan muka bengisnya,si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis  itu.Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluargaku".Si isteri tidak dapat membuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada  niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.Setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka lalu menangis.Si isteri mengadu si pengemis tadi adalah bekas suaminya  yang dulu pernah menengking seorang pengemis.Suami yang baru itu menjawab dengan tenang."Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengkingnya dulu"!

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya berada di atas.Ada masa ketikanya  kita akan turun  ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sedekah itu dapat menutup 7000 kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad  S.A.W ada bersabda : 

"Barang siapa mmepunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya,barang siapa yang mempunyai ilmu,maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

Saturday, 5 March 2016

KESEMPURNAAN

Assalamualaikum and hye~~

Hari nie den nak bincang kupas sikit lah pasai isu KESEMPURNAAN.Saja saja je nak ajak sembang pasai isu nie sebab sekarang kan den lihat ramai yang mementingkan kesempurnaan.Contohnya khususnya bagi perempuan,ada yang nak wajah yang cantik sampai sanggup melakukan pembedahan plastik,makan ubata-ubatan yang mendatangkan banyak implikasi terhadap badan,ada yang nak potongan badan ala2 model gitu sampai mendatangkan kemudharatan terhadap diri individu tersebut dan macam macam lagi.Bukan nak cakap perempuan ja yang ada perangai macam nie tetapi golongan lelaki pun ada jugak.Selalunya orang yang perangai nie macam dicop as PERFECTIONIST.

Back to my point, kita janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan.Hebat mana pun kita, hakikatnya kita tak mungkin jadi sempurna.Kesempurnaan hanya milik Allah S.W.T.Siapalah kita jika dibandingkan dengan sifat sifat yang dimiliki oleh Allah S.W.T.

So den nak share sikit cerita pasai isu nie.

Suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya .
Murid : Bagaimanakah cara untuk kita ingin mendapatkan sesuatu yang paling sempurna?
Guru : Kamu pergi ke taman lalu petiklah bunga yang paling indah bagimu dan janganlah kamu kembali ke belakang.

Setelah berjalan dan sapai di hujung jalan, murid kembali dengan tangan yang kosong.
Lalu sang guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walaupun sekuntum?
Murid menjawab : Saya dah menemukannya tetapi tidak memetiknya kerana saya fikir kemungkinan di depan sana ada lagi yang lebih cantik.Namun bila saya sampai di hujung, saya tersedar bahawa bunga yang saya temukan tadi yang paling indah tetapi saya tidak boleh kembali ke belakang.Maka sang guru menjawab : Ya, itulah kehidupan.Semakin kita cari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya.Kerana kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada di dunia ini,yang ada hanyalah keikhlasan hatii kita untuk menerima kekurangan dan usaha keras memperbaikinya.

  • Bila tak kuasa memberi,jangan mengambil.
  • Bila terlalu mengasihi,jangan membenci.
  • Bila tak mampu menghiburkan hati orang, jangan membuatkannnya sedih.
  • Bila tak mampu meringankan beban orang lain, jangan memberatkannya.
  • Bila tak bisa menghargai, jangan menghina.



"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tetapi sempurnakanlah apa yang telah ada."
Bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T dan inya Allah akan diberikan rasa "mencukupi" dalam kehidupan seharian kita.

Sekian, terima kasih.





MUET Speaking Tips: Group Discussion

Assalamualaikum and hye ~~


Now,i will share some tips or techniques for Task B, which is a group discussion.



TASK B (GROUP DISCUSSION)



While managing a discussion,you will 



  • Thank people for coming and the start a discussion
  • Have to invite people to speak
  • Need to encourage group participation
  • Close/conclude the discussion

While listening to others



  • listen attentively 
  • take down short notes
  • DO NOT write everything that is being said
  • DO NOT do your own work
  • DO NOT interrupt the speker or pass comments 
  • Show interest in what your friends have to say by using appropriate body language like nodding your head
  • Help, prompt and encourage others to contribute to the discussion
  • If you disagree with someone, express your disagreement politely and give your reasons

That's all from me.I wish all the best for uolls semua.