Monday 7 March 2016

Pengemis + Isteri Cantik


Pada suatu hari,ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka."Tolonglah encik, saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi".Dengan muka bengisnya,si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis  itu.Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluargaku".Si isteri tidak dapat membuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada  niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin.Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.Setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka lalu menangis.Si isteri mengadu si pengemis tadi adalah bekas suaminya  yang dulu pernah menengking seorang pengemis.Suami yang baru itu menjawab dengan tenang."Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengkingnya dulu"!

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya berada di atas.Ada masa ketikanya  kita akan turun  ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sedekah itu dapat menutup 7000 kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad  S.A.W ada bersabda : 

"Barang siapa mmepunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya,barang siapa yang mempunyai ilmu,maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

No comments:

Post a Comment